Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

231) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang di peruntukkan di bawah MPK bagi tahun 2010 ?

    Jumlah peruntukan MARRIS yang diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM7.5 juta.

  2. Daripada jumlah berkenaan, berapakah jumlah yang tetapkan bagi setiap DUN dan berapakah yang telah di belanjakan bagi setiap DUN ?

    Untuk makluman Y.B. peruntukan geran MARRIS hanya disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya serta Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Ianya tidak disalurkan mengikut kawasan Dewan Negeri.

     

  3. Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan peruntukan MARRIS ini ?

    Prosedur bagi memohon peruntukan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Kerajaan (MARRIS) daripada Kerajaan Persekutuan adalah melalui Sistem MARRIS On-line. Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mendaftarkan jalan-jalan baru atau jalanjalan yang telah dinaik taraf di dalam ‘web site’ MARRIS Online. Setelah jalan tersebut mendapat perakuan oleh JKR, ia akan dihantar ke JKR Persekutuan untuk disemak dan jumlah peruntukan setiap Negeri akan di berikan kepada Kementerian Kewangan untuk disalurkan kepada semua Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.