Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
155) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah agihan peruntukan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyelenggara jalan di seluruh Negeri Selangor?
Peruntukan MARRIS diagihkan terus kepada agensi pelaksana iaitu JKR Selangor, JPS Selangor, dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sembilan (9) Pejabat Daerah/ Tanah (PDT) dengan mengambil kira dua (2) faktor iaitu:-
- Panjang jalan yang direkodkan oleh setiap agensi pelaksana tersebut; dan
- Rekod prestasi agensi pelaksana pada tahun semasa sebagai asas (performance based) untuk memuktamadkan jumlah peruntukan MARRIS yang akan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak PBT?
Berdasarkan rekod, pemberian MARRIS yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017 adalah berjumlah RM511,808,029.04 berbanding agihan sebenar berjumlah RM663,628,906.03. Sejumlah RM438,181,861.57 atau 03% daripada jumlah agihan tersebut adalah khusus untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perkara ini dapat dilihat menerusi jadual berikut:-
Jadual
Komposisi Agihan Peruntukan MARRIS Tahun 2017 (Setakat 15 Mac 2018)
BIL.
AGENSI PELAKSANA
PENYALURAN MARRIS 2017 Sebenar (RM) % 1. JKR Selangor 196,000,000.00 29.53 2. JPS Selangor 3,991,414.02 0.60 3. PBT Selangor 438,181,861.57 66.03 4. PDT Selangor 25,455,630.44 3.84 JUMLAH (RM) 663,628,906.03 100.00 Nota:-
- Beza/ kurangan yang direkodkan ditampung menerusi baki Kumpulan Wang Amanah MARRIS tahun terdahulu.
Peruntukan yang telah disalurkan kepada PBT tersebut digunakan bagi menyenggara pelbagai jenis jalan yang berada di bawah tanggungjawab PBT iaitu Jalan Perbandaran, Lorong-Lorong Belakang dan Jalan Perumahan Kos Murah. Jalan-jalan ini diselenggara dengan baik sekali dan sebarang aduan berkaitan kerosakan dipantau menerusi aplikasi Waze.
Namun begitu, semakan terhadap statistik yang direkodkan oleh aplikasi Waze tersebut menunjukkan terdapat 437 aduan jalan berlubang di Jalan Persekutuan dalam tempoh Januari-Februari tahun 2018 ini telah gagal diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa tanggungjawab menyenggara Jalan Persekutuan ini adalah pada JKR Negeri Selangor dengan pembiayaan sepenuhnya dari Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mendapati peruntukan yang disalurkan bagi pembaikan jalan ini tidak mencukupi sehingga menyebabkan aduan kerosakan jalan tersebut telah gagal ditangani dengan baik.