Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

26) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima mengikut rekod kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga 2010?

    Terimaan Geran Jalanraya berdasarkan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:-

      TAHUN TERIMAAN (RM)
    BIL
     
    1. 2008 300,966,292.00
    2. 2009 315,627,131.00
    3. 2010

    (Sehingga 22 Oktober 2010)

    263,023,250.00
  2. Nyatakan statistik penggunaan peruntukan tersebut mengikut daerah dan jumlah jalan raya (km) yang diselenggara?

    Statistik penggunaan peruntukan tersebut mengikut daerah bagi tujuan menaiktaraf jalan dan jambatan telah diperuntukkan kepada Jabatan kerja Raya (JKR) seperti berikut:

    MENAIKTARAF

    JALAN DAN

    JAMBATAN

    2008

    (RM)

    2009

    (RM)

    2010

    (RM)

    Petaling    27,000,000.00   62,400,000.00  20,000,000.00
    Gombak         900,000.00     2,900,000.00    2,200,000.00
    Klang    26,500,000.00   14,650,000.00    5,500,000.00
    Kuala Langat      4,500,000.00        500,000.00       500,000.00
    Hulu Langat      3,700,000.00   46,500,000.00  16,000,000.00
    Sepang      5,900,000.00        500,000.00
    Kuala Selangor    28,550,000.00   27,750,000.00  11,700,000.00
    Hulu Selangor      1,800,000.00        500,000.00
    Sabak Bernam   15,700,000.00     2,260,000.00  13,300,000.00
    JUMLAH  114,550,000.00  157,960,000.00   69,200,000.00

    Jumlah jalan raya (km) yang telah didaftarkan ke dalam Sistem Maklumat Rekodrekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) adalah sebanyak 13,994.045 km merangkumi Jalan Raya Bandaran, Jalan Raya Negeri, Jalan Perumahan Murah dan Lorong Belakang.

  3. Adakah kerajaan negeri boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan lain?

    Peruntukan MARRIS akan dikreditkan ke dalam Akaun Amanah dan wang dalam akaun ini hendaklah dibelanjakan hanya bagi tujuan-tujuan seperti berikut:-

    1. Membayar kos penyelenggaraan semua jalan negeri;
    2. Perbelanjaan-perbelanjaan seperti pembelian jentera, pembayaran gaji serta lain-lain imbuhan kepada pekerja yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan jalan; dan
    3. Apa-apa jua perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

    Kumpulan wang ini akan dikendalikan mengikut peraturan di bawah Akta Acara Kewangan 1957.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.