Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
3) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukkan MARRIS yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada tahun 2010?
Untuk makluman, jumlah peruntukan MARRIS yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM 351,659,938.00.
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk mengagihkan peruntukkan tersebut kepada PBT dan jabatan yang terlibat?
Peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan di dalam bajet tahunan pembangunan iaitu P12 dan P13 sementara peruntukan MARRIS yang diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disalurkan secara geran tahunan berdasarkan dasar semasa Kerajaan Negeri.
-
Sila nyatakan peruntukkan MARRIS yang diberikan kepada PBT dan jabatan yang terlibat pada tahun 2010
Jumlah peruntukan MARRIS kepada setiap PBT dan Jabatan yang terlibat pada tahun 2010 adalah berjumlah RM243,500,000.00.
Peruntukan terperinci adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
Perbelanjaan Peruntukan MARRIS bagi Tahun 2010
Bil. Jabatan Jumlah Perbelanjaan (RM) 1. Menteri Besar & Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 8,000,000.00 2. Perbendaharaan Negeri Selangor 10,000,000.00 3. Jabatan Kerja Raya (JKR) 156,000,000.00 4. Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) 1,000,000.00 5. Peruntukan Luar Jangka (P29) 5,000,000.00 6. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 63,500,000.00 JUMLAH 243,500,000.00