Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

95) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa peruntukan MARRIS tidak boleh digunakan di luar kawasan kawalan PBT?

    Peruntukan tersebut merupakan salah satu pemberian daripada Kerajaan Persekutuan    pada setiap tahun yang akan digunakan untuk menaik taraf jalan-jalan negeri di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran dan jalan- jalan Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi jalan-jalan di luar kawasan PBT, peruntukan MARRIS adalah disalurkan melalui JKR dan JPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.