Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

24) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria utama yang diambil kira dalam pemilihan kontraktor yang mendapat tender MARRIS?

    Pelantikan kontraktor bagi pelaksanaan projek MARRIS dibuat secara perolehan terbuka iaitu sama ada secara sebut harga atau tender Di dalam menetapkan pemilihan, kontraktor yang menawarkan harga terendah dan lulus semua peringkat penilaian akan dipilih untuk melaksanakan projek ini. Kaedah ini adalah selaras dengan arahan-arahan dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa di mana ianya menepati dasar perolehan Kerajaan Negeri iaitu mendapatkan nilai yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan (value for money).

  2. Mengapakah kerja-kerja infra sepatutnya dijalankan di bawah MARRIS di MPK amat lembap jika dibandingkan dengan PBT lain? Apakah masalah yang dihadapi oleh MPK?

    Kerja-kerja ditapak telah pun disiapkan Belum ada tuntutan bayaran daripada kontraktor.

     

    Jumlah kerja sebutharga yang dikeluarkan

     

    • Fasa 1 – 67 kerja di 11 DUN (sebutharga kelas F)

     

    • Fasa 2 — 22 kerja di 4 (sebutharga kelas F)

Lampiran

Tiada Lampiran.