Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
173) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa juta geran yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2007 (mengikut tahun)?
- Prestasi terimaan Peruntukan Pemberian Jalanraya (MARRIS) daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-
TAHUN JUMLAH TERIMAAN (RM) 2007 276,723,369.00 2008 300,966,292.00 2009 315,627,131.00 2010 351,659,938.00 2011 368,356,025.00 (Jan-Feb) 2012 61,392,670.00 -
Sila berikan butir-butir perbelanjaan geran tersebut.
Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Amanah Penyelenggaraan Jalanjalan Negeri (MARRIS) bagi tujuan memperakaunkan terimaan dan bayaran Penyelenggaraan Jalan Negeri dan Jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Tatacara bagi pengurusan Akaun Amanah tersebut adalah berdasarkan Arahan Amanah bagi Kumpulan Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri (MARRIS) yang telah diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Perincian perbelanjaan Akaun Amanah MARRIS bagi tahun 2007 sehingga 2011 adalah seperti di LAMPIRAN A.
LAMPIRAN A
PERINCIAN PERBELANJAAN AKAUN AMANAH MARRIS BAGI TAHUN 2007-2011
Pecahan Perbelanjaan mengikut jabatan Bil Tahun Lain-lain jabatan (RM) Jumlah perbelanjaan JKR (RM) PBT/PDT (RM) (RM) 1 2007 124,630,745.22 139,040,424.59 21,133,076.57 284,804,254.38 2 2008 150,000,000.00 229,606,203.32 0 379,606,203.32 3 2009 250,000,000.00 75,120,937.36 3,630,281.94 328,751,219.30 4 2010 172,898,366.51 61,887,960.00 8,823,961.49 243,610,288.00 5 2011 100,000,000.00 51,180,629.27 23,638,495.98 174,819,125.25