Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

120) PERUNTUKAN ‘MARRIS’

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerimaan peruntukan ÒMARRISÓ bagi tahun 2012?

    Geran Peruntukan MARRIS yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2012 adalah sebanyak RM416,971,395.00

  2. Berapakah jumlah wang yang telah digunakan bagi tahun 2012. Jika ada lebihan di akaun manakah wang tersebut disimpan?

    Pada tahun 2012, sebanyak RM178,121,209.15 peruntukan Penyenggaraan Jalan Negeri telah dibelanjakan. Terimaan peruntukan Penyenggaraan Jalan Negeri diakaunkan di dalam Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri di bawah Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor dan baki/lebihan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri adalah merupakan sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.