Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
274) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan langkah yang akan di ambil untuk mengatasi kelemahan Kerajaan menguruskan peruntukan MARRIS seperti yang di laporkan di dalam Ketua Audit Negara bagi negeri Selangor.
Langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelemahan Kerajaan menguruskan peruntukan MARRIS seperti yang di laporkan di dalam Ketua Audit Negara bagi
Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- Memastikan semua Jabatan/Agensi Pelaksana memahami keperluan sebenar dalam membuat permohonan pelaksanaan kerja-kerja di bawah MARRIS yang selari dengan Garis Panduan Penyenggaraan Jalan Negeri bagi mempercepatkan proses kelulusan;
- Memastikan semua Jabatan/Agensi Pelaksana mengemaskini data di dalam Sistem MARRIS Online untuk semua jalan di bawah seliaan Jabatan/Agensi Pelaksana; iii. Membuat semakan ke atas jalan-jalan yang berdaftar dan tidak berdaftar;
- Mengemaskini rekod perubahan taraf jalan (fokus kepada semakan taraf jalan kerana ia memberi kesan kepada per km jalan yang didaftarkan);
- Memastikan Agensi pelaksana menyediakan perancangan awal untuk suku tahun pertama;
- Selain aktiviti yang dirancang, JawatankuasaPentadbiran Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri turut mempertimbangkan permohonan-permohonan tambahan yang selaras dengan skop MARRIS berdasarkan kepada keperluan tambahan;
- Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah boleh diadakan sekerap mungkin bagi membincangkan perancangan dan kemajuan pelaksanaan projek-projekpenyenggaraan jalan negeri di Selangor oleh Agensi Pelaksana; dan
- Penambahbaikan keatas tatacara pengurusan Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan Negeri ini dibuat dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian di Pihak Kerajaan Negeri.