Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

264) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan MARRIS diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Selangor pada tahun 2014 dan 2015?

    Peruntukan MARRIS yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Selangor pada Tahun 2014 dan 2015 adalah seperti berikut:-

    TAHUN JUMLAH (RM)
    2014 523,486,773.00
    2015* 289,735,421.28

    Nota : Jumlah sehingga 31 Julai 2015

     

  2. Untuk tahun 2014, berapakah banyak telah dibelanjakan dan sama ada terdapat apa-apa penjimatan?

    Jumlah perbelanjaan peruntukan MARRIS pada tahun 2014 oleh agensi pelaksana pada tahun 2014 adalah seperti berikut:-

    BIL AGENSI PELAKSANA/PERKARA PERBELANJAAN (RM)
    1. Penyenggaraan Jalan Negeri 544,764,367.34
    a)    Pihak Berkuasa Tempatan 375,838,724.04
    b)    Pejabat Daerah dan Tanah 9,796,370.02
    c)    Jabatan Kerja Raya 155,539,211.78
    d)    Jabatan Pengairan dan Saliran 3,590,061.50
    2. Pelan Tindakan 3 Bulan Di PBT Negeri Selangor 12,368,062.05
    3. Hal-hal lain 164,390.00
    a)    Perolehan GPS 133,280.00
    b)    Bencana Alam- Kerja kecemasan 31,110.00
      JUMLAH (1, 2 dan 3) 557,296,819.39
  3. Untuk tahun 2015, berapakah banyak telah dibelanja dan dibayar kepada kontraktor setakat sekarang?

    Peruntukan yang telah diberikan dan perbelanjaan oleh Agensi Pelaksana pada tahun 2015 adalah seperti berikut:-

    AGENSI PELAKSANA/PERKARA SILING KEMASKINI

     (RM)

    PERBELANJAAN (RM)
    Pihak Berkuasa Tempatan 475,067,705.16 232,270,489.40
    Pejabat Daerah dan Tanah 9,999,000.00 3,435,116.08
    Jabatan Kerja Raya 162,253,858.06 75,730,100.78
    Jabatan Pengairan dan Saliran 2,000,000.00 1,357,954.00
    JUMLAH (RM) 649,320,563.22 312,793,660.26

     

Lampiran

Tiada Lampiran.