Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
221) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan MARRIS yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri untuk tahun 2015?
Peruntukan MARRIS yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri untuk tahun 2015 sehingga pada 31 Julai 2015 adalah sebanyak RM 289,735,211.28.
-
Sila berikan butiran perbelanjaan MARRIS untuk tahun 2015 mengikut agensi pelaksana.
Butiran Perbelanjaan MARRIS untuk tahun 2015 mengikut Agensi Pelaksana adalah seperti berikut:
BIL. AGENSI PELAKSANA AMAUN (RM) 1 Jabatan Kerja Raya 134,885,491.74 2. Jabatan Pengairan dan Saliran 1,357,954.00 3. Pihak Berkuasa Tempatan 273,284,042.49 4. Pejabat Daerah dan Tanah 5,428,500.78 JUMLAH KESELURUHAN 414,955,989.01 -
Berapakah mesyuarat yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri untuk tahun 2015?
Mesyuarat yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentadbiran Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri untuk tahun 2015 sehingga pada 15 Ogos 2015 adalah sebanyak 4kali pada tarikh seperti berikut:
- Pertama – 23 Januari 2015
- Kedua – 25 Februari 2015
- Ketiga – 8 Mei 2015
- Keempat – 11 Ogos 2015