Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

370) PERUNTUKAN LUAR JANGKA INFRASTRUKTUR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi keperluan infrastruktur luar jangka yang mendesak seperti menebang pokok-pokok berbahaya, membaik pulih kerosakan jalan raya dan menyelenggara harta awam yang rosak akibat bencana di Selangor?

    • Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menyelaras peruntukan luar bandar tahunan sedia ada mengikut keutamaan bagi kerja-kerja kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah juga boleh memohon kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor bagi kerja-kerja kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam menggunapakai peruntukan di bawah Program MARRIS.
    • Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukan perkhidmatan masyarakat kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah berjumlah RM53.8 Juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor dan RM16.10 Juta atau 30 peratus adalah bagi pelaksanaan projek kecil yang juga boleh digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan untuk menebang pokok, membaiki jalan, longkang dan kemudahan awam yang rosak akibat bencana alam dengan merujuk kepada ketetapan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.