Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

239) PERUNTUKAN LEBIH KEPADA UNISEL – 19 TAHUN BEROPERASI DAN 7 NAIB CANSELOR – KINI STABIL TANPA PERGOLAKAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk memberi peruntukan lebih agar Naib Canselor sekarang dapat melonjakkan status dan posisi universiti terulung di negara ini?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk membantu meningkatkan kualiti Pendidikan di Negeri Selangor khususnya kepada institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri seperti UNISEL. Oleh itu, dari tahun 2016 hingga kini sejumlah RM40 juta telah diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur  UNISEL bagi memastikan kemudahan fasiliti yang lebih baik dan kondusif dapat disediakan. Selain itu, turut diberikan ialah dalam bentuk penajaan dan pembiayaan pendidikan untuk pelajar-pelajar yang bekelayakan yang menuntut di UNISEL oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakan lepasan sekolah untuk melanjut pengajian di UNISEL.

    Oleh itu, UNISEL juga harus mengambil inisiatif dalam usaha untuk melonjakkan status dan posisi universiti terulung dengan mengadakan kerjasama strategik (smart partnership) dengan industri melalui program tanggungjawab sosial bagi memastikan keboleh pasaran dan seterusnya memupuk minat lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian di UNISEL. Melalui pendekatan tersebut ia dapat meningkatkan pendapat kewangan UNISEL dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan negeri.

    Kerajaan Negeri Selangor juga akan meneliti keperluan UNISEL dan menyediakan peruntukan ke arah universiti terbaik dunia, namun ia mestilah berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.