Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

258) PERUNTUKAN KHAS UNTUK ISU SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi majlis perbandaran yang mempunyai bebanan jumlah sampah yang tidak mampu ditampung oleh PBT itu sendiri, adakah kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan tambahan mengatasi masalah pengurusan sampah tersebut?

    Bagi PBT yang mempunyai masalah peruntukan akibat daripada bebanan jumlah sampah yang tinggi, Kerajaan Negeri bersedia meneliti peruntukan tambahan dalam bentuk pinjaman ataupun geran tertakluk kepada permohonan PBT

  2. Bilakah kerajaan mampu mengatasi masalah sampah?

    Kerajaan Negeri tidak menetapkan satu tempoh atau sasaran bagi menyelesaikan masalah sampah. Namun Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan serius dalam menangani masalah sampah

Lampiran

Tiada Lampiran.