Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
49) PERUNTUKAN KHAS DALAM BELANJAWAN NEGERI BAGI MEWUJUDKAN KEADAAN “HAIWAN TERBIAR SIFAR” DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jika ada kajian yang menunjukkan jika manusia berlaku adil dan bersyukur, rahmahnya kepada semua! Tanda syukur adalah memberi dan kurang meminta. Semua bersyukur maka sifarlah yang meminta - walaupun seekor haiwan yang berkeliaran mencari makan. Adakah Kerajaan sudah bersedia?
Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keperihatinan YB Hulu Kelang dalam memastikan haiwan terbiar terpelihara. Untuk makluman YB, antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam memelihara haiwan terbiar adalah dengan menyalurkan bantuan kepada Pusat Perlindungan /Kebajikan Haiwan seperti berikut:
Tahun Pusat Perlindungan/ Kebajikan Haiwan Jumlah (RM) 2017 Paws Animal Welfare Society (PAWS) 150,000.00 2018 Society for the Prevention of cruelty to Animals (SPCA) 100,000.00 2019 Paws Animal Welfare Society (PAWS) 5,000.00 Tahun Pusat Perlindungan/ Kebajikan Haiwan Jumlah (RM) 2021 Paws Animal Welfare Society (PAWS) 100,000.00 Jumlah Keseluruhan 355,000.00 Dengan bantuan ini, Pusat Perlindungan /Kebajikan Haiwan dapat membaikpulih rumah perlindungan haiwan, mengadakan program pengembirian haiwan untuk mengawal populasi haiwan terbiar dan mengadakan program-program kesedaran kepada masyarakat tentang haiwan terbiar.
Selain itu, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM620,000 kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menaiktaraf pusat jagaan haiwan seperti berikut:
PBT Jumlah (RM) MBSJ 120,000.00 MPK 50,000.00 MPS 280,000.00 MPKj 50,000.00 MPSp 50,000.00 MPHS 30,000.00 MDSB 40,000.00 Jumlah Keseluruhan 620,000.00 Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan turut melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memelihara haiwan terbiar. Sebagai contoh, MBSA melaksanakan program “Kucing Angkat” sebagai salah satu usaha mengurangkan bilangan populasi kucing berkeliaran yang dapat mewujudkan platform untuk masyarakat menjalankan adopsi bagi kucing peliharaan yang tidak mampu dipelihara lagi serta meningkatkan kesedaran pemilikan bertanggungjawab di kalangan masyarakat mengenai kepentingan pemandulan dan vaksinasi haiwan peliharaan.