Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
269) PERUNTUKAN KEWANGAN KEPADA AHLI-AHLI DEWAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan akan diberi peruntukan kewangan yang sama seperti Ahli Dewan Negeri Kerajaan?
Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan dan Ahli Dewan Negeri Kerajaan di Negeri Selangor akan diberi peruntukan kewangan. Oleh sebab ada perbezaan peranan kerajaan dan pembangkang maka peruntukan kewangan yang diberikan adalah berbeza antara ADUN Kerajaan dan ADUN Pembangkang.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan?
Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu.
-
Bilakah peruntukan itu akan dibayar?
Peruntukan kepada ADUN Pembangkang akan mula disalurkan mulai Mac 2024.