Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

133) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan bentuk peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Pusat tahun 2018-2019.

    Jumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 sehingga 2019 adalah berjumlah 538 bilion. Jumlah yang diterima pada tahun 2018 adalah sebanyak RM746,050,759.87 manakala bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM792,695,627.30. Perincian penerimaan peruntukan berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

     

    Dalam pada itu, jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat bagi tahun 2018 sehingga 2019 adalah berjumlah RM86.324 juta. Jumlah yang diterima pada tahun 2018 adalah sebanyak RM42,769,548.84 manakala bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM43,554,631.10. Perincian penerimaan peruntukan berkenaan adalah seperti berikut:

  2. Apakah bentuk perbelanjaan yang menggunakan peruntukan pusat berbanding peruntukan negeri?

    Bentuk terimaan Pemberian Persekutuan yang mempunyai perbelanjaan spesifik menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

    1. Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019 akan digunapakai bagi pemeliharaan, penjagaan dan pemulihan Jalan Negeri mengikut Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri;
    2. Pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) akan digunapakai bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor dan pemberian ini disalurkan berasaskan tuntutan ke atas kos perbelanjaan pembangunan;
    3. Pemberian Cukai Pelancongan bagi membantu Kerajaan Negeri menyenggara dan menyediakan kemudahan pelancongan, mempromosi dan memasarkan destinasi pelancongan serta menambahbaik pelaporan statistik pelancongan di Negeri Selangor berdasarkan Garis Panduan Pemberian Cukai Pelancongan; dan
    4. Elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung-kampung Baru akan digunapakai oleh Pejabat Daerah/Tanah dalam perbelanjaan Mengurus untuk membayar Elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.
    5. Manakala, bagi terimaan Pemberian Persekutuan yang lain akan diakaunkan sebagai hasil negeri dan kemudiannya dibelanjakan melalui Vot Mengurus dan Pembangunan berdasarkan kelulusan Dewan Negeri Selangor selaras dengan Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan (Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan). Terimaan Pemberian Persekutuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

     

    • Pemberian Mengikut Bilangan Orang;
    • Pemberian Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan di bawah Senarai Bersama (50%);
    • Pemberian Khas Kepada Kerajaan Negeri Selangor;
    • Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan; dan
    • Pemberian Pertambahan Hasil.

     

    Sehingga 31 Disember 2019, peratus perbelanjaan keseluruhan Belanja Mengurus dan Pembangunan adalah sebanyak 94.61% daripada RM2.68 bilion yang diperuntukkan.

  3. Apakah sasaran pendapatan peruntukan pusat kepada negeri untuk tahun 2020?

    Anggaran terimaan Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 dianggarkan berjumlah RM767,234,638.00. Perincian seperti jadual berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.