Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
231) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2018 - 2022.
Jumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 sehingga 2022 adalah berjumlah 907 bilion. Perincian penerimaan peruntukan berkenaan adalah seperti di Lampiran A.
Dalam pada itu, jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat bagi tahun 2018 sehingga 2022 adalah berjumlah RM212.29 juta. Perincian penerimaan peruntukan berkenaan adalah seperti di Lampiran B.