Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
214) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan secara terperinci peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada 2017.
Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor menerima Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM730,223,336.54 yang merangkumi;
- Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS);
- Pemberian Berdasarkan Tahap, Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP);
- Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant);
- Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus bagi Jabatan-Jabatan di bawah Senarai Bersama (50%);
- Pemberian Khas kepada Kerajaan Negeri Selangor – Kehilangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya;
- Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan;
- Pemberian Pertambahan Hasil;
- Pemberian (50%) Belanja Mengurus kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT) dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selagor (PPAS); dan
- Pemberian 50% bagi Membayar Bil Elektrik (Lampu Jalan dan Lampu Isyarat).
-
Nyatakan peratusan peruntukan yang tidak digunakan mengikut jabatan.
Terimaan Pemberian Persekutuan diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor. Perbelanjaan ke atas Kumpulan Wang Disatukan adalah mengikut undang-undang atau kelulusan Dewan Negeri Selangor selaras dengan Perkara 104 Perlembagaan