Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

278) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada 2019?

    Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor sehingga 31 Oktober 2019 adalah sebanyak RM701,834,874.30 dan perincian adalah seperti di LAMPIRAN A.

    Manakala, peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat adalah sebanyak RM43,554,631.10 dan perincian adalah seperti di LAMPIRAN B.

    LAMPIRAN A

    Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor sehingga 31 Oktober 2019

  2. Nyatakan peratusan peruntukan yang tidak digunakan mengikut jabatan?

    Tiada peratusan peruntukan yang tidak digunakan kerana pemberian-pemberian yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan jumlah tuntutan oleh Jabatan yang terlibat bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diaudit pada tahun sebelumnya.

    Terimaan Pemberian Persekutuan akan diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor dan perbelanjaan adalah mengikut undang-undang atau kelulusan Dewan Negeri Selangor selaras dengan Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan.

    LAMPIRAN A

    Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor sehingga 31 Oktober 2019

    Bil. Jenis Pemberian Persekutuan Jenis Akaun Akta Perlembagaan Jabatan/ Agensi Terlibat Terimaan Sehingga 31 Oktober 2019 (RM)
     

    1.

    Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri            (MARRIS)

     

    (State Road Maintenance Grant)

    Amanah Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan (i)    Jabatan Kerja Raya

    (ii)  Pihak Berkuasa Tempatan

    (iii) Jabatan Pengairan dan Saliran

    (iv) Pejabat Daerah dan Tanah

    446,743,762.00

     

    2. Pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP)

     

    (Grant Based On Levels Of Economic Developments,Infra

    -structure and Well-Being

    Amanah Perkara 109(6), Perlembagaan Persekutuan (i)    Jabatan Agama Islam Selangor

    (ii)  Jabatan Pertanian

    (iii) Jabatan Kerja Raya

    (iv) Jabatan Pengairan dan Saliran

    (v)  Pihak Berkuasa Tempatan

    (vi)  UPEN (Pembangunan)

    (vii)  Pejabat Daerah dan Tanah

    18,429,000.00
    3. Pemberian Mengikut Bilangan Orang

     

    (Capitation Grant)

     

    Hasil

    Perkara 109(1)(a), Perlembagaan Persekutuan Terimaan dua kali setahun 75,249,480.00
    4. Pemberian Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan di bawah Senarai Bersama (50%)

     

    (Concurrent List Grant)

    Hasil Senarai III – Senarai Bersama, Jadual Kesembilan

     

    Perkara 82, Perlembagaan Persekutuan

    (i)    Jabatan Kebajikan Masyarakat

    (ii)  Jabatan Perkhidmatan Veterinar

    (iii) Jabatan Pengairan dan Saliran

    (iv) Majlis Sukan Negeri Selangor

    (v)  Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

    79,622,811.30
    5. Pemberian Khas  Kepada Kerajaan Negeri Selangor

    -Kehilangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

     

    (Compensation And Annual Grant To The State Of Selangor)

    Hasil Perjanjian Kuala Lumpur      1 Feb. 1974

     

    Perjanjian Putrajaya           20 Julai 1995

    Terimaan sekali setahun 25,805,638.00
    6. Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan

     

    (Grant Based On Performance Of Federal Development Projects)

    Hasil Perkara 80(5), Perlembagaan Persekutuan (i)    Jabatan Kerja Raya

    (ii)  Jabatan Pengairan dan Saliran

    (iii) Jabatan Pertanian

    (iv) Pihak Berkuasa Tempatan

    (v)  Pejabat Daerah dan Tanah

    (vi) UPEN (Pembangunan)

     

    9,933,445.00
    7. Pemberian Pertambahan Hasil

     

    (Revenue Growth Grant)

     

    Hasil Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007 Terimaan sekali setahun berdasarkan prinsip ‘revenue sharing’ 34,708,818.00
    8. Pemberian Pelancongan

     

    (Tourism Grant)

    Hasil Majlis Kewangan Negara 23 Mei 2019 Terimaan sekali setahun 10,302,420.00
    9. Elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung-Kampung Baru Hasil Terimaan sekali setahun 1,039,500.00
    Jumlah Terimaan (RM) 701,834,874.30

     

    LAMPIRAN B

    Peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat sehingga 31 Oktober 2019

    Bil. Jenis Pemberian Persekutuan Jenis Akaun Jabatan/ Agensi Terlibat Terimaan Tahun 2019 (RM)
     

    1.

     

    Pemberian Sumbangan 50% Belanja Mengurus daripada Kerajaan Persekutuan

     

    Hasil

     

    i)        Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan (PADAT)

    ii)      Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS)

     

    PADAT – 3,571,174.00

     

    PPAS – 9,496,787.30

     

     

    2.

     

    Pemberian 50% Bagi Membayar Bil Elektrik (Lampu Jalan dan Lampu Isyarat) daripada Kerajaan Persekutuan

     

     

    Hasil

     

    12 Pihak Berkuasa Tempatan

     

     

    30,486,669.80

    Jumlah Terimaan (RM) 43,554,631.10

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.