Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
251) PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah asas kerajaan negeri apabila memperuntukkan RM3.5 juta untuk belia?
Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak 3.5 juta untuk belia adalah untuk membiayai program-program pembangunan belia dengan kerjasama oleh PBT dan PeBT. Peruntukkan adalah sebagaimana butiran berikut:
Bil Perkara Jumlah 1. Elaun PeBT : i) 12 PBT x RM500 (Pengerusi Induk) x
12 Bulan ii) 278 x RM400 (Pengerusi PeBT) x 12 Bulan
RM 72,000.00 RM 1,334,400.00
2. Program PeBT: 12 PBT x RM 20,000 x 6 Teras BES
RM 1,440,000.00 3. Program-program Belia setahun RM 653,600.00 Jumlah Peruntukan RM3,500,000.00 -
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan belia Selangor?
Belia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri dan Negara. Namun, kita perlu menyedari kualiti belia yang mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Dalam membuat perancangan pembangunan belia, program yang dirancang perlu mengambil kira rangka kerja atau model yang sesuai dengan keperluan menepati belia dan kuantiti belia yang mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Oleh itu, peranan Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan adalah penting untuk memastikan belia mempunyai keupayaan dan kemampuan yang diperlukan untuk menjadi belia yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab untuk diri, keluarga, masyarakat dan negeri.
Halatuju program Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan melalui visi dan misi serta 6 bidang fokus.
- Visi – Menjadi belia ehsan, berilmu, berdaya saing.
- Misi – Membina belia yang berkeperibadian yang memiliki pelbagai kemahiran melalui pendekatan secara holistik.
- Bidang Fokus yang merangkumi
- Kepimpinan – Belia dan Kepemimpinan
- Pendidikan – Belia dan Ilmu
- Ekonomi – Belia dan Kerjaya
- Kemasyarakatan – Belia dan Masyarakat
- Sukan – Belia dan Sukan
- Kebudayaan – Belia dan Senibudaya
- Motto – Belia Ehsan Selangor (BES)
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada belia-belia di Selangor?
Asas agihan peruntukan kepada belia-belia di Selangor dalam melaksanakan aktiviti pembangunan belia berdasarkan kepada 6 teras di mana setiap teras diperuntukkan sebanyak RM20,000.00 setahun yang akan disalurkan kepada 12 PBT.