Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
190) PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Rendah Kebangsaan dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut daerah.
Jumlah peruntukan yang diberikan kepada SJKT, SJKC dan SAR mengikut daerah dari tahun 2010 sehingga 2015 mengikut Daerah adalah seperti di Lampiran.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri supaya setiap sekolah memperoleh manfaat yang sama?
Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya setiap sekolah memperoleh manfaat yang sama ialah dengan melaksanakan agihan peruntukan ini berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak sekolah melalui badan pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Lembaga Pengelola Sekolah. Bantuan akan diberikan berdasarkan keperluan semasa dan prioriti adalah kepada penambahbaikan infrastruktur sekolah.