Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
268) PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SMK
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sesetengah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan desa dan semi-urban memerlukan suntikan dana untuk membuat pendawaian semula. Apakah kerajaan Selangor akan merangka satu dasar bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan untuk tujuan ini?
Kerajaan Negeri buat masa ini mengekalkan dasar sedia ada iaitu agihan yang dilaksanakan kepada SJKC, SJKT, Mubaligh dan SMJK. Cadangan untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung Program Bantuan ini akan diteliti oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan.