Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

205) PERUNTUKAN KEPADA JAIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan kerajaan kepada JAIS pada tahun 2023 dan apakah justifikasinya?

    Peruntukan mengurus B14 JAIS bagi tahun 2023 telah ditentukan adalah sebanyak RM 280,701,600.00 yang merangkumi sedia ada sebanyak 97.64%, Dasar baru sebanyak 1.38% dan One-Off sebanyak 0.98%. Selain itu, peruntukan tambahan sehingga Oktober 2023 juga telah diterima sebanyak RM 14,709,451.63 oleh Kerajaan Negeri bagi menampung keperluan Jabatan. Manakala peruntukan pembangunan P14 tahun 2023 adalah RM 65,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.