Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

153) PERUNTUKAN KEPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan kebajikan yang di subsidi oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan senaraikan jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2012

    Jadual di bawah adalah jumlah peruntukan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bagi perbelanjaan untuk Bantuan Am dan Bantuan

    2007 7,228,750.00
    2008 6, 700,912.00
    2009 8,912,443.00
    2010 13,993,727.18
    2011 14,722,213.00
    2012

    (Jun)

    10,818,583.00

     

  2. Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial (social safety net) untuk membantu mereka yang miskin dan kurang mampu?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan telah menyediakan bantuan berbentuk sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan yang kurang berkemampuan dan miskin sempena menyambut perayaan. Bantuan ini diberikan bagi mengurangkan beban golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan dan sekurang-kurangnya dapat membantu menampung perbelanjaan harian

     

    Dengan wujudnya pelbagai agensi seperti Skim Mikro Kredit Luar Bandar (SkimSel) dan Skim Mikro Kredit Bandar (MiMBAR), golongan ini akan dibantu untuk keluar dari kelompok kemiskinan melalui bantuan kemahiran, bantuan kewangan modal dan lain-lain bagi memajukan diri mereka sendiri dari terus dibelenggu kemiskinan dan kesusahan yang berpanjangan.

     

    Kerjasama daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga banyak membantu dalam memastikan bantuan-bantuan yang disalurkan tidak mengalami pertindihan antara bantuan lain supaya mereka yang kurang berkemampuan ini dapat dibantu dengan sewajarnya mengikut keperluan.

     

    Melalui jaringan ini, pelbagai bantuan dapat disalurkan dengan efisien tanpa mengira kaum, agama dan politik. Beberapa minggu kebelakangan ini, aduan banjir sering didapati di beberapa kawasan yang rendah berikutan hujan lebat yang tidak menentu dan berpanjangan. Sebagai kerajaan yang prihatin ke atas kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500.00 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang telah berpindah ke pusat perpindahan dan yang memerlukan tempat tinggal sementara.

     

    Bagi bantuan keperluan yang selain dinyatakan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor turut bertindak dengan menyediakan bantuan keperluan asas kepada keluarga mangsa.

     

  3. Apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan sektor swasta bekerjasama dan bersama-sama menyumbang dalam membantu golongan miskin dan memerlukan di Negeri Selangor?

    c   Secara umumnya, Kerajaan Negeri Selangor amat menggalakkan penglibatan sektor swasta untuk bekerjasama dan menyalurkan sumbangan kepada golongan miskin di Negeri Selangor. Sebagaimana yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, setiap GLC yang membina atau membuat baik pulih rumah kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan di bawah paras kemiskinan di Selangor akan mendapat pelepasan cukai.

     

    Selain daripada itu, Kerajaan negeri juga turut memberikan pelepasan cukai bagi program-program Community Social Responsibility (CSR) yang ditunjukkan oleh GLC atau mana-mana syarikat swasta di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.