Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
139) PERUNTUKAN KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan setahun yang diberikan kepada setiap Ahli Majlis di setiap PBT di Selangor?
Jumlah peruntukan setahun yang diberikan kepada setiap Ahli Majlis di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang ditetapkan menerusi Garis Panduan (GP) Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Bayaran pengurusan yang merangkumi bayaran utiliti seperti bayaran bil air, bil elektrik, bil telefon/ telefon bimbit, sewaan pejabat, bekaları pejabat dan elaun pembantu tertakluk kepada kelulusan PBT seperti berikut:
Bil PBT Peruntukan 1 . Bandaraya Tidak melebihi RM42,000.00/setahun (RM 3,500.00/sebuıan) 2. Perbandaran Tidak melebihi RM30,000.00/setahun (RM2,500.00/ sebuıan) 3. Daerah Tidak melebihi RM12,000.00 / setahun (RMI ,000/ sebuıan) 2. Program Sosial / Mesra Rakyat – Kadar peruntukan tahunan diselaraskan seperti berikut:
Bil PBT Peruntukan 1 . Bandaraya Tidak kurang daripada RM20,000.00 2. Perbandaran Tidak kurang daripada RMI0,000.00 3. Daerah Tidak melebihi RM5,000.00 -
Berapakah elaun bulanan yang diterima oleh Ahli Majlis bagi satu-satu PBT?
Elaun bulanan yang diterima adalah seperti berikut:
BIL PBT AHLI MAJLIS ELAUN TETAP BULANAN ELAUN MESYUARAT
1 Bandaraya RM2,500.00 RM150.00 2. Perbandaran RM2,500.00 RMI 00.00 3. Daerah RM2,000.00 RMI00.00 Namun, terdapat juga kemudahan elaun-elaun lain seperti elaun perjalanan, penginapan dan makan untuk menghadiri kursus dan majlis rasmi Kerajaan yang boleh dituntut tertakluk kepada penentuan kadar oleh PBT yang berkenaan.
-
Berapakah jumlah perlindungan insurans/ takaful tahunan yang melindungi Ahli Majlis di PBT masing-masing?
Buat masa ini tiada ketetapan khas kepada Ahli Majlis PBT untuk kemudahan perlindungan insurans/ takaful. Namun bayaran kemudahan tersebut adalah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dari semasa ke semasa selaras dengan Perenggan 14.2, Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.