Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

34) PERUNTUKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR UNTUK DUN MERU

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan KIR miskin B40 DUN Meru yang telah berdaftar dalam sistem e-kasih?

    Bilangan KIR Miskin Tegar / Miskin berdaftar di dalam sistem eKasih bagi DUN Meru adalah seperti berikut :

    DUN MISKIN TEGAR MISKIN
    MERU 185 304
  2. Berapakah ramaikah KIR B40 dalam daftar e-kasih yang telah dibantu oleh kerajaan dan berapkah jumlah bantuan kepada golongan ini?

    Soalan ini perlu dikemukakan kepada agensi pemberi bantuan sebagai pihak yang menggunakan data daripada eKasih sebagai penerima bantuan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.

  3. Apakah bentuk bantuan yang telah disalurkan kepada golongan ini?

    Soalan ini perlu dikemukakan kepada agensi pemberi bantuan sebagai pihak yang menggunakan data daripada eKasih sebagai penerima bantuan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.