Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
177) PERUNTUKAN KAWASAN AHLI DEWAN NEGERI (ADN)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan menyenaraikan senarai kegunaan peruntukan Ahli Dewan Negeri Selangor sepanjang tahun 2013.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM39,960,000.00 (Tiga Puluh Sembilan Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Ribu Sahaja) bagi kegunaan Ahli Dewan Negeri Selangor pada tahun 2013. Daripada peruntukan tersebut, sejumlah RM36,550,291.38 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Enam Juta Lima Ratus Lima Puluh Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Satu dan Sen Tiga Puluh Lapan Sahaja) telah dibelanjakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor pada tahun 2013.
Berdasarkan rekod, sebanyak RM17,215,187.24 (Ringgit Malaysia: Tujuh Belas Juta Dua Ratus Lima Belas Ribu Satu Ratus Lapan Puluh Tujuh dan Sen Dua Puluh Empat Sahaja) (47.1%) merupakan perbelanjaan tertinggi yang digunakan bagi tujuan sumbangan kemasyarakatan. Keseluruhan perbelanjaan peruntukan kawasan Dewan Negeri Selangor pada tahun 2013 adalah seperti berikut:
BIL.
PERKARA
JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
PERATUS (%)
1
Sumbangan kemasyarakatan
RM17,215,187.24
47.1%
2 Program Mesra Rakyat RM12,609,850.53 34.5% 3 Lain-lain RM3,179,875.35 8.7% 4 Projek kecil RM2,850,922.73 7.8% 5 Penggunaan pejabat RM438,603.50 1.2% 6 Ubah suai pejabat RM219,301.75 0.6% 7 Perolehan RM36,550.29 0.1% JUMLAH RM36,550,291.38 100%