Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

32) PERUNTUKAN JKM NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan permohonan bantuan yang dikeluarkan?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan
    Negeri untuk disalurkan kepada pemohon bantuan. Peruntukan bantuan yang telah
    diterima daripada Kerajaan Negeri seperti berikut :
    TAHUN JUMLAH
    2009 8,759,293.00
    2010 (sehingga 31 Mac) 6,812,573.00

  2. Bolehkah disenaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut jenis bantuan yang dikeluarkan?

    Jenis perbelanjaan bantuan yang diberikan seperti berikut :
    JENIS 2009 2010 (sehingga 31 Mac)
    Bantuan Am 7,239,546.40 3,744,239.90
    Bantuan Bencana 1,188,301.68 116,392.95
    Bantuan Latihan 20,950.00 39,050.00
    Bantuan Sekolah 202,347.60 –
    JUMLAH 8,651,145.68 3,899,682.85

Lampiran

Tiada Lampiran.