Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
44) PERUNTUKAN JALAN DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Namakan jalan-jalan di sekitar DUN Sungai Kandis yang telah mendapat kelulusan peruntukan PBT dan MARRIS untuk menaik taraf jalan-jalan kampung.
Di bawah peruntukan MARRIS, kerja-kerja membaikpulih jalan-jalan kampung hanya dilaksanakan oleh Pejabat Daerah bagi rizab jalan yang berdaftar di dalam sistem MARRIS dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri, manakala jalan-jalan bandar dan taman adalah di bawah pelaksanaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Untuk makluman Yang Berhormat DUN Sungai Kandis, jalan-jalan di sekitar DUN tersebut yang telah mendapat kelulusan bagi membaikpulih dan menurap pada tahun 2023 adalah jalan-jalan di Kampung Johan Setia, Kampung Sungai Kandis, Kampung Bukit Naga, Kampung Jalan Kebun, dan Kampung Lombong. Senarai jalan yang telah diluluskan mengikut kampung di DUN Sungai Kandis adalah seperti berikut:-