Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
335) PERUNTUKAN JABATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi peruntukan tambahan kepada JKR dan JPS untuk menambahbaik jalanraya dan perparitan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan menyediakan peruntukan tambahan berdasarkan keperluan dan perancangan Jabatan.
-
Adakah JKR dan JPS akan dibekalkan jentera berat seperti backhoe loader dan skylift crane untuk kegunaan jika berlaku bencana yang memerlukan tindakan segera?
JPS
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memiliki lima (5) unit Backhoe Loadertersedia di empat (4) Daerah iaitu Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Perolehan terakhir bagi keperluan Backhoe Loader adalah pada tahun 2017 dan tiada perolehan baharu dilaksanakan sehingga kini atas faktor kos jentera yang tinggi. Walau bagaimanapun, Backhoe Loader sedia ada masih boleh digunakan bagi kegunaan mendesak di daerah-daerah lain jika berlaku sebarang bencana dan keperluan tindakan segera.
JKR
JKR dibekalkan Backhoe Loader sekiranya berlaku bencana, tetapi JKR tidak dibekalkan aset seperti skylift crane.