Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
47) PERUNTUKAN INSURAN KESIHATAN UNTUK ADUN DAN PEGAWAI DI PUSAT KHIDMAT DUN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah cadangan atau usaha untuk menyediakan insurans kesihatan kepada ADUN-ADUN dan Petugas PKM
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 14/2014 bertarikh 23 April 2014 telah mengarahkan PNSB Insurans Broker menilai dan mengkaji Insurans Perubatan Y.B. Ahli Dewan Negeri berserta tiga (3) orang kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan telah dicadangkan supaya Skim Insurans yang ditawarkan benar-benar bermanfaat kepada semua Y.B. Ahli Dewan Negeri.