Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
57) PERUNTUKAN INFRA STRUKTUR KEPADA JMB SELAIN DARIPADA SKIM CERIA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan infrastruktur selain daripada Skim CERIA kepada low cost apartment yang tidak mampu menaiktaraf infra struktur dalam kawasan JMB?
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khusus untuk menaiktaraf infrastruktur kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). Skim CERIA sedia ada bukan untuk tujuan menaiktaraf infrastruktur sesebuah pangsapuri tetapi untuk membaikpulih kerosakan harta bersama yang didapati boleh mengancam keselamatan dan keselesaan kepada penghuni.
Sekiranya kemudahan infrastruktur di pangsapuri mengalami kerosakan teruk dan perlu dinaiktaraf segera kerana akibat faktor bencana atau struktur tanah, maka Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membuat siasatan lanjut dan mengkaji keperluan peruntukan lain sama ada di peringkat kerajaan negeri atau mendapatkan bantuan skim baik pulih di peringkat kerajaan persekutuan