Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
194) PERUNTUKAN DANA PEMBANGUNAN, BAIK PULIH MASJID DAN SURAU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah MAIS memberikan peruntukan tersebut kepada surau dan masjid?
Ya, MAIS ada memberikan sumbangan bertujuan untuk baik pulih masjid dan surau berdasarkan permohonan kepada pihak MAIS. Namun MAIS tiada peruntukan yang khusus untuk pembangunan dan baik pulih masjid dan surau di negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, Lembaga Zakat Selangor yang merupakan agensi di bawah MAIS telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi tujuan pembangunan, baik pulih masjid dan surau, serta institusi agama pada tahun 2024.
-
Jika ada, mohon senaraikan jumlah masjid / surau yang telah menerima sumbangan pada tahun 2024 di Dusun Tua.
Pada tahun 2024, hanya Masjid Raja Muda Musa, Semenyih menerima sumbangan sebanyak RM10,000.00. Manakala Lembaga Zakat Selangor telah memberikan sumbangan zakat kepada 5 buah surau bagi DUN Dusun Tua berjumlah RM97,900.00 pada tahun ini.