Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

142) PERUNTUKAN DAN KEBERKESANAN PWB DISETIAP DUN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah elaun penyelaras PWB disetiap DUN sebulan?

    Pusat Komuniti Wanita (PKW) atau kini dikenali sebagai Pusat Wanita Berdaya (PWB) diselia oleh seorang penyelia yang bertindak sebagai penggerak kepada aktiviti di setiap PWB. Para penyelia PWB tersebut tidak dijanjikan apa-apa bayaran elaun kerana kerana konsep asal adalah secara

    Walau bagaimanapun, atas dasar prihatin, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memberikan saguhati berbentuk elaun bagi tempoh enam (6) bulan sahaja mulai Jun 2013 sehingga Disember 2013 melalui peruntukan Geran Selangorku dibawah Menteri Besar Incroporated (MBI). Selepas tempoh tersebut tiada apa-apa saguhati atau bayaran yang diberikan.

    Buat masa ini satu kajian terperinci sedang dijalankan bagi menambahbaik pelaksanaan PWB sehingga ke akar umbi meliputi semua aspek bagi memastikan kelancaran PWB.

  2. Adakah peruntukan disediakan disetiap DUN pada setiap tahun?

    Tiada peruntukan khusus untuk program wanita di setiap DUN disediakan. Walau bagaimanapun peruntukan disediakan mengikut keperluan permohonan oleh pihak PWB melalui kertas kerja untuk kelulusan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga.

  3. Sejauh manakah program PWB telah dilaksanakan disetiap DUN?

    PWB telah mengadakan pelbagai program sejak tahun 2008 hingga kini. Progrom-program yang telah dilaksanakan adalah berbentuk berstruktur dan tidak berstruktur, ini bagi memenuhi permintaan wanita-wanita setempat. Keaktifan PWB adalah bergantung kepada agresifnya wanita setempat dalam DUN tersebut. Antaranya program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

    BERSTRUKTUR

    (Teori/Syarahan/Pembentangan)

    TIDAK BERSTRUKTUR

    (Praktikal)

    Program Kesihatan Bengkel Masakan
    Program Pengurusan Kewangan Bengkel Kraftangan
    Program Aplikasi ICT Bengkel Jahitan
    Program Kepimpinan  

     

    Melalui program-program tersebut, wanita-wanita setempat berjaya diberdayakan dan mampu berdikari dengan peningkatan ekonomi dan keyakinan diri serta mampu berdaya saing dalam menghadapi situasi semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.