Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

3) PERUNTUKAN CERIA 2019

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah peruntukan program CERIA membantu pembaikan apartmen kos rendah kos rendah-sederhana untuk tahun 2019?

    Jumlah peruntukan program CERIA bagi tahun 2019 adalah sejumlah RM10,000,000.00.

  2. Berapa jumlah bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan ke Negeri Selangor untuk membantu pembaikan apartmen kos rendah, kos rendah-sederhanapada tahun 2019?

    Kerajaan Negeri masih menunggu maklum balas berhubung pertimbangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan sebarang peruntukan untuk membantu pembaikan apartmen kos rendah dan kos sederhana rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.