Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
277) PERUNTUKAN BANTUAN UNTUK GOLONGAN NELAYAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan bantuan nelayan yang telah disalurkan kepada nelayan sepanjang tahun 2023 dan bagaimanakah pecahannya mengikut daerah?
Peruntukan bantuan bagi nelayan telah disalurkan melalui 2 agensi Kerajaan iaitu Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Lembaga Kemajuan Ikan Selangor. Peruntukan bantuan nelayan di bawah Jabatan Perikanan Negeri Selangor terbahagi kepada 2 kategori nelayan iaitu nelayan pesisir pantai dan nelayan darat. Manakala, bantuan kepada nelayan pesisir pantai telah disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Selangor). Berikut adalah maklumat peruntukan bantuan nelayan yang telah disalurkan kepada nelayan sepanjang tahun 2023 mengikut daerah;