Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

21) PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK SJKC

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kriteria yang digunakan untuk memilih SJKC bagi pemberian bantuan pendidikan fasa 2 pada tahun 2014

    Kriteria pemilihan SJKC bagi pemberian bantuan pendidikan Fasa 2 2014 adalah berdasarkan perkara berikut:

    • Keutamaan diberi kepada sekolah-sekolah yang belum mendapat bantuan untuk Fasa 1
    • Keadaan infrastruktur sekolah
    • Jumlah baki peruntukan yang sedia
  2. Nyatakan sebabnya kenapa semua SJKC di Hulu Selangor tidak dipertimbangkan dalam pemberian bantuan pendidikan fasa 2 pada tahun 2014.

    Bagi Fasa 1 jumlah bantuan sekolah yang telah diberikan kepada SJKC di Daerah Hulu Selangor adalah sebanyak RM58,000.00 kepada 8 buah sekolah. Bagi fasa 2 berdasarkan penelitian yang telah dibuat oleh pihak jawatankuasa sekolah-sekolah, permohonan yang telah dikemukakan bagi fasa 2 adalah tidak memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.