Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
100) PERUNTUKAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bermula dari tahun 2008 sehingga sekarang, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi banjir di seluruh Negeri Selangor?
Di bawah merupakan jadual jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi banjir di seluruh Negeri Selangor :
-
Di manakah kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai kawasan yang sering berlakunya kejadian banjir kilat?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor semenjak dari tahun 2008 untuk mengatasi kejadian banjir tersebut daripada berulang kembali?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor telah melakukan kajian terperinci untuk mengadaptasi cadangan-cadangan yang telah dirancang di dalam Pelan Induk Saliran Bandar Klang yang telah di sediakan oleh jurutera perunding yang berkelayakan. Projek pertama yang telah dilaksanakan oleh JPS berpandukan Pelan Induk ini adalah Kerja-Kerja Kawalan Banjir (Composite Storage) di Taman Sentosa, Daerah Klang, Selangor dengan kos RM 1.1 juta yang telah dimulakan pada Mei 2011 dan disiapkan pada bulan Mac 2012. Projek seterusnya adalah Cadangan Projek Tebatan Banjir Sungai Rasah di kawasan Padang Jawa, Klang. Tender untuk fasa pertama projek ini iaitu Kerja-Kerja Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Daerah Klang telah pun dikeluarkan dan pemilihan kontraktor juga telah dibuat. Projek ini akan bermula pada 4 Julai 2012 dengan tempoh projek selama 32 minggu. Selain itu, JPS Selangor juga sedang melakukan kajian terperinci di lainlain kawasan di Daerah Klang berpandukan kepada Pelan Saliran Induk Bandar Klang ini untuk mengatasi masalah-masalah banjir di daerah ini