Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

203) PERUNTUKAN BAGI MEMBAIKPULIH JETI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah jeti nelayan yang berlesen dan tidak berlesen diseluruh negeri Selangor? Mohon nyatakan.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 7/2020 yang bersidang pada 19 Februari 2020 telah meluluskan Caj Kebenaran Bertulis Pembinaan jeti Pendaratan Ikan. Selaras dengan keputusan MMKN ini, LUAS dalam tindakan untuk mengeluarkan lesen atau kebenaran bertulis selaras dengan Seksyen 43, Enakmen LUAS ke atas jeti nelayan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sama ada melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau melalui pihak Pejabat Tanah Galian Selangor.

    Kebenaran bertulis akan dikeluarkan bagi 86 buah jeti di Bagan Sekinchan yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah melalui MMKN Bil 19/2017 bertarikh 14 Jun 2017 dan 108 buah jeti di Bagan Sungai Besar yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah melalui MMKN Bil 23/2019 bertarikh 14 Ogos 2019.

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi memutihkan jet-jeti nelayan yang tidak berlesen?

    Melalui MMKN Bil 7/2020 bertarikh 19 Februari 2020, Kerajaan Negeri bersetuju agar Y.B. ADUN kawasan untuk membantu menyalurkan peruntukan atau sumbangan kewangan kepada pemilik jeti yang memerlukan bantuan kewangan pada peringkat awal pelaksanaan.

     

  3. Apakah Êusaha proaktif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap jeti nelayan dalam keadaan selamat?

    MMKN Bil 21/2015 bertarikh 1 Julai 2015 memutuskan agar LUAS menimbangkan cadangan pewartaan jeti-jeti tanpa lesen yang didapati strukturnya kukuh dan boleh digunakan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti. Selaras dengan itu, bancian yang dijalankan oleh agensi hanya mengambilkira jeti yang selamat untuk digunakan.

     

    Sekiranya ada peruntukan daripada Kerajaan Negeri, peruntukan tersebut akan diberikan kepada jeti-jeti yang telah melalui proses pemutihan. Pemutihan jeti yang dijalankan ini juga memberi peluang kepada jeti-jeti sedia ada yang telah dilesen untuk dibaikpulih menggunakan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.