Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
63) PERUNTUKAN ANAK MUDA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan peratusan peruntukan dan jumlah peruntukan dalam perkara Anak Muda dalam tahun 2014.
Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk program pembangunan belia. Melalui peruntukan tersebut, pelbagai program pembangunan akan dirancang berdasarkan kepada 6 teras iaitu Kepimpinan, Kebudayaan, Ekonomi, Sukan, Pendidikan dan Kemasyarakatan. Program- program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam menggerakkan belia-belia sebagai pemaju pembangunan negeri
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk Anak Muda dalam tempoh tahun 2008-2013
Secara umumnya, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.8 juta kepada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan program-program di peringkat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam memperanankan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) sebagai penggerak kepada golongan belia dan pencetus kepada Pembangunan Negeri Selangor. Di samping itu, program-program kerajaan negeri juga turut diadakan menggunakan peruntukkan yang telah diberikan seperti Sambutan Hari Belia, Sambutan Hari Raya Aidilfitri Belia, Program Berbuka Puasa Bersama YB EXCO dan sebagainya.
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk Anak Muda dalam DUN Teratai dalam tempoh tahun 2008-2013
- Dalam tempoh tahun 20008 – 2013, peruntukan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi peruntukan elaun dan program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di mana peruntukan akan diberikan mengikut jumlah zon yang terdapat di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi DUN Teratai, peruntukan adalah di bawah pengawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di mana jumlah yang telah disalurkan adalah sebanyak RM234,000.00