Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
54) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai jumlah peruntukan Ahli Majlis mengikut Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2015.
SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (UPEN)
- Senarai jumlah peruntukan Ahli Majlis mengikut Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2015
BIL PBT Jumlah (RM) 1 MBSA 654,994.04 2 MBPJ 2,400,000.00 3 MPK 1,040,383.82 4 MPSJ 107,300.00 5 MPAJ 1,440,000.00 6 MPS 3,121,000.00 7 MPKJ 1,224,000.00 8 MPSP 960,000.00 9 MDKL 720,000.00 10 MDKS 125,000.00 11 MDHS 326,000.00 12 MDSB 120,000.00 -
Adakah Kerajaan akan menambahbaikkan elaun Ahli Majlis atau peruntukan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2016?
Elaun Ahli Majlis PBT pada ketika ini adalah berdasarkan keputusan MMKN bilangan 5/2011 yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2011. Kerajaan Negeri bersedia untuk meminda berkenaan elaun Ahli Majlis tertakluk kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing.
-
Sila kemukakan senarai maklumat perbelanjaan peruntukan semua Ahli Majlis MPAJ bagi tahun 2015
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Perbelanjaan peruntukan semua Ahli Majlis MPAJ bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM32,630,713.19. Perincian perbelanjaan boleh dirujuk seperti di lampiran.