Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

172) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI UNTUK PEMBANGKANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peratus perbelanjaan terkini mengikut senarai kawasan ADN pembangkang?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM2,400,000.00 kepada 12 Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukan Kerajaan seperti Jadual 1 berikut:

    Jadual 1

    Senarai ADN Bukan Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2015

    BIL. DAERAH NAMA DUN BUKAN KERAJAAN PERUNTUKAN 2015 (RM)
    1 Petaling Kota Damansara 200,000.00
    2 Gombak Kuang 200,000.00
    3 Hulu Langat Semenyih 200,000.00
    4 Sepang Dengkil 200,000.00
    5 Kuala Selangor Sg Burong 200,000.00
    6 Kuala Selangor Permatang 200,000.00
    7 Kuala Selangor Bukit Melawati 200,000.00
    8 Kuala Selangor Jeram 200,000.00
    9 Hulu Selangor Hulu Bernam 200,000.00
    10 Hulu Selangor Batang Kali 200,000.00
    11 Sabak Bernam Sg Air Tawar 200,000.00
    12 Sabak Bernam Sg Panjang 200,000.00
    JUMLAH 2,400,000.00

    Berdasarkan Jadual 1 tersebut, sehingga 30 Jun 2015, peruntukan tersebut masih belum digunakan oleh mana-mana Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di 12 kawasan DUN terlibat.

  2. Sila nyatakan apakah halangan dan kekangan yang menyebabkan peruntukan tersebut tidak dibelanjakan secara optima?

    Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah pada bulan Januari 2015 dan garis panduan penggunaan peruntukan tersebut tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2014 – Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 5 Tahun 2014 : Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Dan Ahli Dewan Negeri Selangor. Tatacara penggunaan peruntukan tersebut telah digariskan dan diperjelaskan di dalam Pekeliling tersebut dan semua permohonan penggunaan peruntukan tersebut oleh mana-mana pihak Pejabat DUN Bukan Kerajaan perlu dikemukakan kepada Pegawai Daerah berkaitan untuk tindakan pelaksanaan selanjutnya. Kaedah dan tatacara ini merupakan perkara yang sama juga dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi oleh pihak Pejabat DUN Kerajaan.

  3. Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jumlah Peruntukan tersebut?

    Berdasarkan prestasi perbelanjaan sehingga 30 Jun 2015, Kerajaan Negeri buat masa ini belum ada cadangan untuk menambah jumlah peruntukan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.