Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

282) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perincian peruntukan setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) & Penyelaras DUN di Selangor bagi tahun 2024.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2022, pecahan penggunaan peruntukan Ahli MMKN dan Ahli Dewan Negeri adalah seperti berikut:

    • RM72,000.00 setahun untuk perbelanjaan pengurusan pejabat. Perbelanjaan pengurusan pejabat ini termasuk penyewaan ruang pejabat, penyewaan mesin fotostat, penyelenggaraan pejabat, pembayaran bil utiliti, pembelian komputer, pencetak, alat tulis, perbelanjaan mesyuarat serta lain-lain peralatan dan keperluan dalam pengurusan pejabat.

    • Sekurang – kurangnya 30% daripada peruntukan keseluruhan AMMKN dan ADN adalah untuk pelaksanaan projek – projek kecil; Projek – projek kecil ini meliputi perolehan kerja tidak melebihi RM50,000.00 bagi projek infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan awam.

    • Sumbangan kemasyarakatan dan program mesra rakyat tidak melebihi 70% daripada keseluruhan peruntukan AMMKN dan ADN: Sumbangan Kemasyarakatan ini adalah sumbangan yang tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap sumbangan kepada rakyat miskin, warga emas, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, badan atau individu seperti persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan, mangsa bencana, mangsa kemalangan, penghidap penyakit kronik dan bantuan kepada jawatankuasa masjid/surau dan rumah ibadat yang berdaftar. Manakala Program Mesra Rakyat pula adalah penganjuran program tidak melebihi RM30,000.00 bagi setiap program bagi tujuan program turun padang, sesi dialog bersama rakyat, ziarah, program menceriakan kawasan sempena perayaan, program belia dan sosial, program-program kemasyarakatan.

    Selain daripada itu, setiap ADN dibenarkan membuat kerja – kerja pengubahsuaian pejabat sekali sahaja setiap lima (5) tahun dengan menggunakan peruntukan ADN dan tidak melebihi RM20,000.00.

    Berikut adalah prestasi perbelanjaan peruntukan ADN mengikut pecahan kategori peruntukan sehingga 1 November 2024:-

    DAERAH PERUNTUKAN (RM) KATEGORI JUMLAH BELANJA PRESTASI BELANJA
    PENGURUSAN PEJABAT PROJEK KECIL SUMBANGAN KEMASYARAKATAN UBAHSUAI PEJABAT
    PETALING 17,652,399.48 811,814.33 1,105,309.99 8,928,799.48 120,000.00 10,965,923.80 62.12%
    KLANG 9,880,963.42 648,543.66 532,818.60 5,842,283.68 55,763.00 7,079,408.94 71.65%
    GOMBAK 7,478,692.51 403,030.56 323,707.70 3,513,443.47 0.00 4,240,181.73 56.70%
    HULU LANGAT 10,460,199.22 566,106.69 492,070.00 5,892,314.51 60,000.00 7,010,491.20 67.02%
    SEPANG 2,532,063.05 192,580.82 0.00 1,092,720.00 19,947.00 1,305,247.82 51.55%
    KUALA LANGAT 4,541,296.08 306,701.80 476,871.95 2,286,774.84 60,409.00 3,130,757.59 68.94%
    KUALA SELANGOR 4,100,421.99 567,342.07 208,129.00 2,127,375.29 59,600.00 2,962,446.36 72.25%
    HULU SELANGOR 3,162,055.25 330,860.49 0.00 1,346,672.37 39,863.40 1,717,396.26 54.31%
    SABAK BERNAM 4,485,691.07 248,075.35 69,975.00 2,878,955.30 0.00 3,197,005.65 71.27%
    JUMLAH 64,293,782.07 4,075,055.77 3,208,882.24 33,909,338.94 415,582.40 41,608,859.35 64.72%
  2. Nyatakan prestasi perbelanjaan peruntukan ADN mengikut pecahan kategori peruntukan sehingga 1 November 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.