Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

14) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peruntukan kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan telah diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor. Adakah peruntukan ini digunakan dengan betul?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahawa setiap peruntukan digunakan dengan betul mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa. Peruntukan kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan telah diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor selaku Ahli Dewan Negeri (ADN) angkat kepada kawasan-kawasan DUN berkenaan. Walau bagaimanapun bermula tahun 2011, peruntukan ini diuruskan oleh seorang Pegawai Penyelaras DUN yang telah dilantik oleh Pejabat Dewan Negeri

     

    Dalam hal ini, setiap perbelanjaan adalah dikawal oleh Pegawai Pengawal iaitu Pegawai Daerah yang dilantik sebagai Ketua Jabatan di Pejabat Tanah dan Daerah yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran tanah, daerah dan kewangan serta tertakluk kepada arahan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?

    Dalam memastikan peruntukan ADN diurus tadbir dengan teratur dan telus, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan tatacara kewangan sebagai garis panduan penggunaan peruntukan tersebut melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 2/2008,  SPP  Bil.   5/2008,   SPP Bil.  6/2008,                                                    SPP Bil. 7/2008 dan SPP Bil. 7/2009.Walau bagaimanapun selepas Kerajaan Negeri mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan  Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2010, semua SPP yang sedang digunakan telah terbatal.

     

    Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2010 adalah berhubung garis panduan penggunaan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor dan Pegawai Daerah sebagai salah satu cara memastikan setiap peruntukan digunakan dengan betul tanpa sebarang penyelewengan dan salah guna. Pekeliling ini juga telah diguna pakai berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

     

    Tujuan Pekeliling Perbendaharaan ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor dan Pegawai Daerah mengenai penggunaan Akaun Khas peruntukan ADN di Pejabat-pejabat Daerah bagi memastikan pengurusan peruntukan ADN ini adalah selari dengan prinsip Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan.

     

    Pekeliling    Perbendaharaan     ini    juga    menyentuh    tentang    tatacara     penggunaan peruntukan yang mana terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

    • Pengurusan Pejabat ADN (Tidak melebihi RM10,000 setahun);
    • Projek kecil pembangunan (Tidak melebihi RM20,000 setiap projek);
    • Sumbangan kemasyarakatan secara tunai (Tidak melebihi RM10,000 setiap sumbangan); dan
    • Program dan aktiviti mesra rakyat (Tidak melebihi RM20,000 setiap program)
  3. Nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru tahun 2008 hingga 2010.

    1. Perincian pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru daripada tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di

     

    Tahun Peruntukan (RM) Perbelanjaan (RM) Baki (RM)

    di bawa ke hadapan

    2008 826,000.00 814,835.79 11,164.21
    2009 515,109.21 491,870.05 23,239.16
    2010 523,239.16 459,950.35 63,288.81

     

    Perincian perbelanjaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.