Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

23) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. YB EXCO Sri Kembangan pernah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor memberi RM500 Ribu kepada setiap ADUN tetapi peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?

    Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2010 berhubung Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor bagi memastikan perbelanjaan yang dilaksanakan oleh ADN adalah bagi tujuan Program-program Mesra Rakyat manakala di peringkat Pegawai Pengawal, mereka adalah terikat dengan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.

  2. Adakah masalah kesalahguna peruntukan berlaku di Negeri Selangor?

    Buat masa kini, tiada laporan salah guna peruntukan diterima memandangkan garis panduan yang disediakan adalah jelas dan penyediaan laporan penggunaan peruntukan ADN disediakan oleh Pejabat Tanah & Daerah dan dilaporkan secara bulanan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

  3. Sila nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru pada tahun 2008 hingga 2011. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.

    Perincian peruntukan dan perbelanjaan bagi N6 Kuala Kubu Baru bagi tahun 2008 sehingga tahun 2011 adalah seperti berikut:-

    Bil Tahun Peruntukan (RM) Perbelanjaan (RM)
    1 2008 500,000.00 363,835.79
    2 2009 500,000.00 487,925.05
    3 2010 500,000.00 438,950.35
    4 2011 600,000.00 590,717.05

Lampiran

Tiada Lampiran.