Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

250) PERUNTUKAN ADN DAN PENYELARAS SELANGOR 2024

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyeleras bagi Negeri Selangor bagi tahun 2024?

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2024, Jadual A – Pindaan Kelima Perincian Pengagihan Peruntukan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Speaker dan Ahli Dewan Negeri (ADN), jumlah peruntukan setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyelaras bagi Negeri Selangor bagi tahun 2024 adalah seperti di jadual berikut:-

     

    KATEGORI DEWAN NEGERI PERUNTUKAN TAHUNAN (RM)
    AHLI DEWAN NEGERI N.06 – KUALA KUBU BAHARU 750,000.00
    N.34 – BUKIT GASING 800,000.00
    N.35 – KAMPUNG TUNKU 850,000.00
    N. 46 – PELABUHAN KLANG 800,000.00
    N.56 – SUNGAI PELEK
    N.14 – RAWANG 900,000.00
    N.19 – BUKIT ANTARABANGSA 850,000.00
    N.20 – LEMBAH JAYA
    N. 22 – TERATAI 900,000.00
    N.23 – DUSUN TUA

     

    KATEGORI DEWAN NEGERI PERUNTUKAN TAHUNAN (RM)
    AHLI DEWAN NEGERI N. 25 – KAJANG 950,000.00
    N.27 – BALAKONG
    N. 28 – SERI KEMBANGAN 850,000.00
    N. 29 – SERI SERDANG 900,000.00
    N.31 – SUBANG JAYA 950,000.00
    N.37 – BUKIT LANJAN
    N. 39 – KOTA DAMANSARA 900,000.00
    N. 41- BATU TIGA
    N. 42 – MERU 850,000.00
    N. 45 – BANDAR BARU KLANG 900,000.00
    N. 47 – PANDAMARAN
    N. 48 – SENTOSA
    N. 50 – KOTA KEMUNING
    PEGAWAI PENYELARAS N. 02 – SABAK 350,000.00
    N. 03 – SUNGAI PANJANG 400,000.00
    N. 05 – HULU BERNAM 350,000.00
    N.08 – SUNGAI BURONG
    N. 09 – PERMATANG
    N. 10 – BUKIT MELAWATI
    N. 11 – IJOK
    N. 12 – JERAM
    N. 13 – KUANG 400,000.00
    N. 53 – MORIB
    N. 44 – SELAT KELANG 450,000.00
    N. 51 – SIJANGKANG
    N.07 – BATANG KALI 500,000.00
    N.17 – GOMBAK SETIA
    N. 18 – HULU KELANG
    N. 24 – SEMENYIH 550,000.00
    N. 26 – SUNGAI RAMAL
    N. 33 – TAMAN MEDAN 450,000.00
    N. 38 – PAYA JARAS
    N. 43 – SEMENTA
    N. 49 – SUNGAI KANDIS 500,000.00
    N. 55 – DENGKIL
  2. Bagaimanakah perbelanjaan setiap ADN dan Penyelaras digunakan bagi Negeri Selangor bagi tahun 2024?

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2022, perbelanjaan ADN dan Penyelaras boleh digunakan bagi tujuan berikut:

     

    • i) RM72,000.00 setahun untuk perbelanjaan pengurusan pejabat. Perbelanjaan pengurusan pejabat ini termasuk penyewaan ruang pejabat, penyewaan mesin fotostat, penyelenggaraan pejabat, pembayaran bil utiliti, pembelian komputer, pencetak, alat tulis, perbelanjaan mesyuarat serta lain-lain peralatan dan keperluan dalam pengurusan pejabat.

     

    • ii) Sekurang – kurangnya 30% daripada peruntukan keseluruhan AMMKN dan ADN adalah untuk pelaksanaan projek – projek kecil; Projek – projek kecil ini meliputi perolehan kerja tidak melebihi RM50,000.00 bagi projek infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan awam.

     

    • iii) Sumbangan kemasyarakatan dan program mesra rakyat tidak melebihi 70% daripada keseluruhan peruntukan AMMKN dan ADN: Sumbangan Kemasyarakatan ini adalah sumbangan yang tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap sumbangan kepada rakyat miskin, warga emas, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, badan atau individu seperti persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan, mangsa bencana, mangsa kemalangan, penghidap penyakit kronik dan bantuan kepada jawatankuasa masjid/surau dan rumah ibadat yang berdaftar. Manakala Program Mesra Rakyat pula adalah penganjuran program tidak melebihi RM30,000.00 bagi setiap program bagi tujuan program turun padang, sesi dialog bersama rakyat, ziarah, program menceriakan kawasan sempena perayaan, program belia dan sosial, program-program kemasyarakatan.

     

    • iv) Selain daripada itu, setiap ADN dibenarkan membuat kerja – kerja pengubahsuaian pejabat sekali Sahaja setiap lima (5) tahun dengan menggunakan peruntukan ADN dan tidak melebihi RM20,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.