Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

38) PERUNTUKAN 15 JUTA BAGI MENAIK TARAF BALAI RAYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah balai raya mengikut daerah yang telah dinaiktaraf?

    Kerajaan Negeri peka dengan kepentingan pembangunan luar bandar supaya ia seiring dengan pembangunan di bandar. Selaras dengan hasrat tersebut, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan luar bandar berjumlah RM10 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur kemudahan awam dan asas luar bandar seperti dewan serba guna dan balai raya yang dilaksanakan oleh sembilan (9) Pejabat Daerah dan

    Sehingga 31 Oktober 2017, sebanyak 184 buah projek naik taraf dan baik pulih dewan dan balai raya berjumlah RM9.48 juta telah dibelanjakan dan pecahan mengikut daerah adalah seperti di jadual berikut:

    BIL DAERAH PERUNTUKAN

    (RM)

    BILANGAN

    PROJEK

    1 Petaling 604,389.20 9
    2 Klang 1,286,046.47 13
    3 Gombak 813,974.10 20
    4 Hulu Langat 1,084,338.80 15
    5 Sepang 2,079,221.61 28
    6 Kuala Langat 996,493.50 22
    7 Kuala Selangor 863,980.14 11
    8 Hulu Selangor 974,302.34 25
    9 Sabak Bernam 785,016.42 41
    JUMLAH 9,487,762.58 184

     

  2. Apakah pertimbangan pihak kerajaan untuk menaik taraf balai raya?

    Kerajaan Negeri mementingkan keselesaan dan kemudahan awam masyarakat luar bandar terutamanya balai raya dan dewan. Dalam hal ini, Pejabat Daerah dan Tanah mengemukakan permohonan bagi cadangan kerja baik pulih dan naik taraf dewan dan balai raya kepada Kerajaan Negeri yang lengkap berserta Bill of Quantity (BQ), laporan bergambar dan pengesahan status tanah bagi tujuan semakan dan pertimbangan kelulusan. Keutamaan diberi berdasarkan kepada keadaan sebenar di tapak yang mempunyai keperluan

Lampiran

Tiada Lampiran.