Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

226) PERUMAHAN UNTUK GOLONGAN MISKIN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilangan pemohon yang masih menunggu rumah PPR atau "council home" atau lain jenis rumah sewa kerajaan di setiap PBT dan di LPHS

    PPR atau “Council Homes” yang berada di bawah pengurusan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah seperti berikut:

    • PPR Kota Damansara (Sekyen 8, Petaling Jaya),
    • PPR Kg. Baru Hicom (Seksyen 26, Shah Alam),
    • PPR Seri Kiambang (Serendah),
    • Pangsapuri Seri Cempaka Council Homes (Seksyen 16, Bandar Baru Bangi).

    Jumlah permohonan penyewaan bagi PPR dan Council Homes adalah seperti berikut:

    • PPR Kota Damansara – 62
    • PPR Kg. Baru Hicom – 56
    • PPR Seri Kiambang – 2
    • Pangsapuri Seri Cempaka Council Homes – 25

    Permohonan akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga kelayakan bergantung kepada kekosongan unit dan apabila unit dibaikpulih.

  2. Bilangan skim perumahan rakyat yang ada untuk disewa, bilangan pengisiannya dan bilangan unit di setiap skim yang tidak dapat diisi kerana unit rosak/perlu dibaiki.

    Jumlah unit kosong yang perlu dibaikpulih adalah seperti berikut:

    • PPR Kota Damansara – 17
    • PPR Kg. Baru Hicom – 64
    • PPR Seri Kiambang – 216
    • Pangsapuri Seri Cempaka, Council Homes– 19

    Kerja pembaikan akan dilaksanakan pada Ogos 2015 dan dijangka siap sepenuhnya akhir Oktober 2015.

  3. Berapa penyewa yang telah dikeluarkan kerana tidak membayar sewa atau kerana pendapatan keluarga sudah melebihi had?

    Bagi tahun 2015, jumlah penyewa yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut:

    • PPR Kota Damansara – 9
    • PPR Kg. Baru Hicom – 17
    • PPR Seri Kiambang – tiada
    • Pangsapuri Seri Cempaka, Council Homes– tiada

    Penyewa ini dikeluarkan kerana kegagalan membayar sewa semasa serta mempunyai tunggakan. Sebelum penyewa dikeluarkan, notis peringatan dan notis amaran telah dikeluarkan beberapa kali namun tiada maklumbalas oleh penyewa.

    Pihak PHSSB tiada halangan untuk membantu mereka dari segi mengeluarkan surat sokongan untuk mereka memohon bantuan zakat dan bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun tiada usaha daripada mereka untuk memohon bantuan zakat dan ada juga di kalangan mereka tidak layak untuk mendapat bantuan zakat mahupun kebajikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.