Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
57) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti tetapi masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelamat di Daerah Hulu Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti tetapi masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelamat di Daerah Hulu Selangor sehingga 31 Mei 2013 adalah sebanyak 14 projek yang melibatkan 4,707 unit seperti berikut
BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU 1 Projek Perumahan Desa Beruntung, 913 Unit RKR Setingkat, Mukim Ulu Yam, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Prospell Development Sdn Bhd (Digulung)
Pelikuidasi – Rabindra Singh &
Associates
2 Projek Perumahan Lembah Beringin, PT 610, 6502, 863 & 864, Jalan Kerling, Mukim Sungai
Gumut, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Lemah Beringin Sdn Bhd (Digulung)
Pelikuidasi – Ferrier Hodgson
MH Sdn Bhd
3 Projek Perumahan Bandar Baru Serendah, 79 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Mukim
Serendah, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Manco Sdn Bhd 4 Projek Perumahan 400 Unit Rumah Teres Setingkat di Fasa 16A, Bukit Sentosa 3,
Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Maxisegar Sdn Bhd 5 Projek Pembesaran Kampung Desa Beringin, Jalan Kampung Jawa, Batu Dua Kuala
Kerling, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Modulex Sistem (M) Sdn Bhd 6 Projek Pemberimilikan Tanah Secara Terancang di Bawah Program Pembesaran
Kampung Melayu Rasa, Jalan Ampang
Pechah, Mukim Rasa, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Litar Jaya Sdn Bhd 7 Projek Pembesaran Kampung Desa Bukit Bujang (Fasa 2 – 461 unit), Kampung Ampang
Pechah, Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor
ARK Development Sdn Bhd 8 Projek Perumahan Tanah Lot Banglo (The Genting Vallley), Jalan Desa Rening, Mukim
Batang Kali, Daerah Hulu Selangor
Tetuan Jade San Reality Sdn Bhd (Digulung)
Pelikuidasi – HLB Ler Lum Sdn
Bhd
9 Projek Perumahan 131 Unit Rumah Teres Kos Sederhana 1 Tingkat & 16 Unit Rumah Teres
Kos Rendah 2 Tingkat, (Taman Malim Mas),
Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor
Tetuan JK-NBA Ventures Sdn Bhd (Digulung)
Pelikuidasi – Rimbun Advisory
Corporate Sdn Bhd
10 Projek Pembesaran Kampung Koskan, 43 Unit Rumah Banglo Setingkat, Jalan Sungai
Buaya, Sungai Choh, Mukim Serendah
(Serendah Perdana), Daerah Hulu Selangor
Tetuan Ehsanibu Sdn Bhd 11 Projek Perumahan di Bawah Skim Pemilikan Secara Terancang Projek Pembesaran
Kampung Mukim Serendah (Serendah
Perdana), Daerah Hulu Selangor
Tetuan Kamsu Sdn Bhd 12 Projek Erina Heights, Mukim Ulu Yam, Daerah Hulu Selangor Tetuan Coral Vista Sdn Bhd 13 Projek Perumahan di Atas Hakmilik Geran 39220, Lot 2496 dan Geran 39221, Lot 2565,
Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor
Peninsular Park Sdn Bhd (Digulung) 14 Projek Perumahan Taman Impian, 22 Unit Rumah Banglo Setingkat, Kampung Bharu
Sejantung, Mukim Kuala Kalumpang, Daerah Hulu Selangor
Oridua Construction Sdn Bhd -
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memulihkan Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) . Jika tidak, nyatakan sebabnya?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyelesaikan masalah projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) yang terbengkalai sejak sekian lama dengan mengadakan beberapa siri perbincangan pemulihan projek ini dengan kontraktor projek iaitu Modulex Sistem (M) Sdn Bhd sejak 2003 hingga 2005. Selepas tahun berikutnya sehingga kini, syarikat terlibat tidak dapat dikenalpasti dan dikesan dalam usaha pemulihan projek berkenaan. Pada Julai 2012, terdapat cadangan pengambilalihan dan pemulihan projek ini oleh pemaju penyelamat iaitu Planbig Sdn Bhd melalui persetujuan pembeli-pembeli terlibat yang merupakan pemilik tanah. Bagaimanapun, pemaju penyelamat hanya mendapat persetujuan sebahagian pembeli sahaja daripada 115 pembeli terlibat. Dalam memastikan pemulihan projek ini dapat diteruskan semula maka persetujuan 100% daripada kesemua pemilik tanah/pembeli adalah diperlukan. Dengan itu, pemaju penyelamat tidak dapat meneruskan usaha pemulihan tersebut di atas kegagalan mendapatkan persetujuan kesemua pembeli. Adalah disarankan supaya Yang Berhormat turut bersama-sama dalam membantu dan bekerjasama dengan pemaju penyelamat sedia ada untuk mengadakan perbincangan dengan pembeli terlibat bagi mendapatkan persetujuan bersama untuk tujuan pemulihan projek ini.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan proaktif dalam mengatasi situasi ini untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-
Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan
Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi / Liquidator, Jawatankuasa Pembeli / Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri akan terus berbincang dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai.
Jawatankuasa ini juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju penyelamat bersama semua jabatan teknikal bagi tujuan mempercepatkan kaedah pemulihan projek dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang minima tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
Membuat penilaian semulaa kos pemulihan projek tersebut bagi mendapatkan butiran terperinci kos tambahan yang perlu ditanggung secara bersama oleh pembeli-pembeli. Selain itu, Jawatankuasa ini akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pembeli menstukturkan semula pinjaman akhir dan mendapatkan pinjaman tambahan sekiranya terdapat kos tambahan pemulihan projek dan akhirnya projek boleh diteruskan semula.
Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan tindakan rampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 seperti kegagalan memnayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan projek tersebut dapat dipulihkan semula. Sebagai contoh, tindakan ini telah dilaksanakan bagi penyelesaian Projek Bukit Botak dan Alam Perdana yang melibatkan pengambilan tanah secara menyeluruh bagi tujuan memulihkan semula projek terbengkalai dan menjamin hak pembeli terlibat.